Perkhidmatan

(1) Preview on Wealth in Property Venture Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap peserta
• Pengenalan kepada pelaburan hartanah
• Kenapa pelaburan hartanah?
• Apakah strategi dalam pelaburan hartanah?
• Bagaimana hendak mengetahui adanya permintaan?
• Contoh – contoh real life case study
• Memberi taklimat berkenaan projek Wealth in Property Venture
• Menerangkan prosedur – prosedur serta dokumen – dokumen yang diguna pakai serta mengikat peserta – peserta dalam projek ini
• Pembahagian peserta – peserta kepada kumpulan dan pemilihan mentor

(2) Wealth in Property Venture (WIPV) 

WIPV mempunyai 6 modul. Workshop akan dibuat dalam tempoh dua (2) hari berturut – turut untuk menyelesaikan modul 1 hingga 5. Bayaran sebanyak RM1,050 akan dikenakan untuk 20 peserta pertama.

1. Pengenalan kepada projek WIPV
• Memberi taklimat terperinci mengenai hala tuju projek ini
• Menerangkan prosedur – prosedur serta dokumen – dokumen yang diguna pakai serta mengikat peserta – peserta dalam projek ini
• Mendedahkan terma – terma dan syarat – syarat dalam projek ini kepada setiap peserta supaya mereka faham bahawa WIPV ini bukan projek jangka masa pendek.
• Menekankan aspek kerjasama dan komitmen semua peserta
• Pembahagian peserta – peserta kepada kumpulan dan pemilihan mentor

2. Pemilihan hartanah
• Apakah perkara – perkara yang paling penting dalam pemilihan lokasi?
• Bagaimana untuk membuat analisa ke atas lokasi yang berpotensi untuk menjadi lokasi yang strategik?
• Bagaimanakah cara untuk membuat kiraan aliran tunai yang positif?
• Berapakah margin tunai yang perlu ada semasa membuat keputusan dalam pelaburan hartanah?
• Apakah jenis –jenis hartanah yang digalakkan melabur?
• Dari manakah sumber untuk mendapatkan senarai hartanah?

3. Kewangan
• Bagaimanakah cara pengiraan modal?
• Apakah cara untuk mendapatkan modal?
• Bagaimana untuk memastikan kelayakan mendapat pinjaman daripada pihak bank?
• Bagaimanakah cara pengiraan keuntungan?
• Apakah kepentingan menbuat sistem pemfailan?

4. Risiko pelaburan hartanah
• Tiada penyewa atau pembeli
• Lokasi gagal membangun
• Penyewa sukar membuat bayaran
• Tuan rumah atau penyewa enggan meninggalkan rumah (kes lelongan)
• Kaveat atau sekatan ke atas tanah
• Bagaimana hendak membuat solusi yang praktikal?

5. Hal – hal perundangan
• Pembelian hartanah melalui pemaju, individu atau lelongan
• Prosedur pembelian: perjanjian jual beli, pengistiharan jualan serta borang – borang mahkamah dan pejabat tanah
• Isu – isu berkaitan: kebenaran pindahmilik, pemaju telah dilikuidasi (digulungkan) dan tuan rumah / penyewa tegar

6. Sesi praktikal atau on ground practical session
• Mentor akan merancang dengan ahli kumpulan untuk meninjau keadaan bilik lelongan dan cara lelongan dibuat
• Mentor akan membawa ahli kumpulan berjumpa dan berbincang dengan jurubank, ejen – ejen bertauliah atau pemaju untuk melihat proses rundingan pembelian dilakukan
• Mentor akan mengajar ahli kumpulan untuk mengenal pasti hartanah yang baik untuk dibuat pelaburan
• Perbincangan bersama mentor dibuat mengikut persetujuan ahli – ahli kumpulan dan mengikut kesesuaian masa masing – masing